Barangan pakai buang
Barangan pakai buang

Barangan pakai buang

Barangan pakai buang ialah keluaran yang direka untuk diguna sekali dan selepas itu dikitar semula atau dibuang sebagai sisa pepejal. Istilah ini juga kadangkala digunakan untuk keluaran yang boleh bertahan beberapa bulan (contohnya, penapis udara pakai buang) untuk membezakan daripada keluaran serupa yang bertahan selama-lamanya (contohnya, penapis udara boleh cuci). Perkataan "pakai buang" tidak dikelirukan dengan perkataan "guna habis", yang diguna meluas dalam dunia mekanik. Contohnya, pengimpal menganggap batang, hujung, muncung kimpalan dan lain-lain sebagai "guna habis", kerana ia hanya bertahan jumlah masa tertentu sebelum perlu diganti. Guna habis diperlukan untuk proses berlaku seperti dakwat untuk mencetak dan batang kimpalan untuk mengimpal, manakala barangan pakai buang ialah keluaran yang boleh dibuang selepas menjadi rosak atau tidak berguna.